Sebelum pemergiannya,adikku telah menghabiskan saat-saat terakhirnya di atas katil hospital.Adikku,telah dilanggar oleh sebuah kereta yang laju.Adikku sedang mengayuh basikal dan apabila dia ingin melintas jalan, kereta itu datang dan apabila kereta itu cuba berhenti untukmengelak Ratna,ia sudah terlambat,Ratna dillangar.Pada masa itu,aku baru sahaja pulang dari sekolah.Dalam perjalananku, terdapat orang berkumpul di sebuah lokasi.Aku pun ke situ untuk melihat apa yang dikecohkan orang-orang itu.
Terperanjatnya aku melihat Ratna, terbaring di jalan raya itu.Darah mengalir tanpa henti.Warna darahnya merah seperti biji saga.Dengan segeranya aku mencampakkan beg sekolahku dan berlari ke arah adikku.Aku menjerit meminta orang menelefonkan ambulans.Aku memeluk adikku dengan erat sekali.Kelihatan bagaikan nyawa-nyawa ikan.Ambulans datang untuk mengambilnya ke hospital.Setelah doktor mencuba sedaya upaya mereka untuk menyelamatkan adikku,Ratna berada di dlam keadaan koma.Doktor mengatakan yang dia tidak mungkin mempunyai harapan untik hidup. Walau bagaimana pun, aku tidak pernah putus harapan.
Namun,harapanku musnah apabila mendapat tahu yang dia telah meninngal dunia.Aku teringat akan masa-masa yang telah aku habiskan bersama Ratna.Saat-saat aku bergaduh dengannya kerana pekara kecil.Teringat apabila kita bergaduh untuk katil mana yang ingin kami tidur.Kami ingin tidur di katil yang sama lalu bergaduh.Kami selalu membuat kerja sekolah bersama.Apabila dia meminta pertolonganku untuk menolongnya,akanku sengaja tidak menghiraukannya.Menyesal rasanya kerana tidak menolongnya dalam kerja sekolahnya itu.
Apabila kita berbasikal,kami akan berlumba dan dia kan selalunya menang. Masa-masa bersamanya hanya tinggal kenangan di dalam ingatan.Hari-hari yang berlalu, hatiku bagaikan kaca.Setiap kali disebutkan tentang Ratna.aku pasti rasa seperti ingin menangis.Aku cuba menahan sebak di dada tetapi airmataku mengalir juga.
Terkapar-kaparku kelemasan
Sakit dilambung otak kerinduan
Di dalam tidur,di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...
Aku haru redha dengan pemergiannya dan harus terima kenyataan yang hidup adikku pendek dan masa-masa yang aku bersamanya, aku pasti akan mengingati dan menghargainya.