Wednesday, March 31, 2010

Aku tidak dapat merasakan keindahan dan keceriaan yang pernah ada di rumah.Semuaitu hilang.Rumahku tidak indah bagaikan syurga lagi.Sering terdengar pertengkaran dan jeritan antara ibu dan abang.Mengapa ini semua terjadi?

Ibu dan ayah telah ke luar negara selama dua minggu untuk urusan kerja.Tinggal saja aku dan abangku yang berumur 16 tahun di rumah.Semua keperluan rumah telah ibu dan ayah uruskan.Duit sekolah,makan dan minum kami dan nombor kecemasan jika sesuatu berlaku apabila ibu dan ayah tiada.

Beberapa hari pertama tanpa ibu dan ayah,semuanya agak lancar.Tugasan sekolah telah disiapkan,kerja rumah telah diuruskan supaya rumah kelihatan kemas dan dapat juga memasak beberapa lauk-pauk untuk makan.Tetap itu semua tidak berkekalan.

Pada malam Khamis,abang perlu ke rumah kawannya untuk tugasan kerja sekolah.Dia memberitahuku lalu pergi.Aku mengangguk kepalaku tanda faham dan membuat tugasan sekolahku hingga selesai lalu tidur.Keesokkan harinya,aku ingin memberitahu abangku yang aku ke sekolah dahulu.Tetapi,abangku tiada.Mungkin dia telah ke sekolah dahulu.Aku pun mengunci pintu rumah lalu berjalan ke sekolah.

Apabila aku di sekolah,kawan-kawan abngku bertanya mengapa abangku tidak hadir ke sekolah hari ini.Betapa teperanjatnya aku!Abang bukan jenis yang ponteng sekolah.Aku pun berbohong yang abang tidak sedap badan.Tidak dapatku menumpukan perhatianku pada ajaran guru.Betapa risau hatiku.Apa telah terjadi pada abang?Seribu satu soalan bertanya di kotak fikiranku.Mungkinkah abang ditimpa kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumah danlebih banyak fikiran negatif yang timbul.

Apabila pulang dari sekolah,ternampak sekumpulan budak remaja yang sedang berlepak di kawasan tersembunyi dan membuat kerja tidak berfaedah.Tidak senang mata memandang.Antara budak-budak remaja itu,abangku adalah salah seorand daripada mereka.Abang sedang menghisap rokok.Aku tidak percaya apa yang dilihatku.Dengan cepatnya,aku bergegas pulang dan menelefon kawanku untuk nasihat.Aku tidah mahu menuduh abangku dengan begitu sahaja tanpa sebarang bukti.

Shahila kawanku sejal aku umur dua tahun lagi tidak mahu berbual menerusi telefon,dia mahu berbual dengan aku supaya aku dpat memberitahu apa yang benar terjadi dengan lebih terang.Dia menasihati aku supaya memberitahu ibu dan yah.Tidak berani aku ingin memberitahu tetapi aku ingin menolong abangku lalu diberitahi ibu dan ayahku.

Ibu dan ayah cuba meminta pulang yang lebih siang tetapi tidak tercapai.Aku benar-benar risaukan abangku.Kawan-kawanya juga merokok dan menghisap dadah.Pada suatu hari, apabila aku pulang dari sekolah,abang telah membawa kawan-kawannya pulang ke rumah.Abang sedang memeluk seorang remaj perempuan dan merokok sambil menonton tv.Kawan-kawanny juga berkelakuan sama.tanpa memandang mereka,aku naik atas ke bilikku.Satu hari aku kurung diri di dalam bilik kerana tidak keselesaan kehadiran kawan-kawan abang.

Dua minggu berlal.Ibu dan ayah akhirnya pulang.Mereka menelefon abang untuk pulang kerana ingin berbual bersamanya.Apabila aku melangkah masuk ke rumah,pertengkaran kedengaran dan buku-buku berseparan di lantai.Ibu dan ayah sedang bertengkar bersama abang.Abang menolakku dan melangkah keluar dari rumah.Ibu duduk di kerusi dan menangis.aku berlari ke arah ibu dan memeluk sambil memujuknya.

Setiap hari,beginilah keadaan di rumah.Abang aku bertengkar bersama ibu atau ayah.Pernahku dengar jiran-jiran mengumpat tentang keluargaku.Malu rasany keluargaku menjadi buah mulut orang.Aku berharap,abang dapat sedar kesilapannya dan kembali ke pangkal jalan.

No comments:

Post a Comment