Mengapa aku jadi begini?Aku telah kehilangan segala-galanya.Syurga di bawah tapak kaki ibu tetapi mengapa aku bersikap kurang ajar terhadapnya.Inginku putarkan masa dan membetulkan kesalahan aku itu.
Sejak aku kecil, ibu selalu membimbingku dalam apa saja masalah yang kuhadapi.Dia sering menasihatkan aku harus kerja keras untuk mencapai kejayaan.Tetapi,jika aku sudah berjaya,janganlah aku lupakan ibu dan ayah.Masa-masa bersama ibu amat dikenangku.
Pelajaranku di universiti baru sahaja tamat.Aku telah mendapat tawaran untuk bekerja di luar negara.Ingin aku rebut peluang itu tetapi aku harus memberitahu ibu dan ayahku.Aku membuat keputusan untuk memberitahu mereka tentang tawaran itu selepas makan malam.Dengan suara yang sopan dan lembut,aku mengumumkan keputusanku untuk menerima tawaran itu.Meja makan senyap seketika.Ayahku membantah keputusanku untuk kerja di luar negara.Tiba-tiba,mulutku menanyakan kenapa aku tidak dibenarakan bekerja di luar negara.Ayah meninggalakan meja makan tanpa kata.
Aku tidak dapat tidur lena malam itu.Tawaran itu dan ayah yang tidak mengizinkan untuk bekerja di luar Negara.Ibuku masuk ke bilikku,memintaku fakir kembali keputusanku itu.Dia berkata terdapat beberapa sebab mengapa ibu dan ayah tidak mengizinkan aku berkerja di luar negara.
Keesokan harinya,syarikat yang menawarkan aku pekerjaan itu menelefon untuk meminta keputusanku.Tanpa berfikir panjang,aku bersetuju untuk pekerjaan di luar Negara itu.Walaupun ibu dan ayah pasti akan marah jika aku pergi,aku harus memberitahu mengenai keputusan itu.Dalam masas tiga hari akanku tinggalkan tanah airku untuk memulakan pekerjaanku.
Apabila tiba harinya untuk aku pergi,ayahku marah seperti gunung berapi.Ibuku menangis kesedihan merayuku supaya tidak pergi.Ibu melutut memohonku supaya tidak pergi,sebak dadaku melihat begitu.Namun, aku pergi memberi salam.
Di luar negara aku berjaya dalam kehidupan.Projek-projekku selalu sukses dan ramai kawan yang dibuatku di situ.Hidupku senang hinggaku lupa akan keluargaku.Setelah sepuluh tahun berjaya,kejayaanku tidak selalu tercapai dan projek-projekku selalu gagal. Selalu terdapat perselisihan faham antara aku dan kawan-kawanku.Akibat sering gagal dalam projek-projek,aku akhirnya dibuang kerja juga.
Tidak ada apa-apa lagi buatku di sini.Aku pun pulang ke tanah airku.Takutku untuk pulang untuk berhadapan bersama ibu dan ayahku. Tetapi,apabilaku di rumah, tiada siapa di rumah. Aku pun bertanya pada jiranku,Cik Rina.Cik Rina mengeluh seketika sebelum berkata-kata.Teperanjatnya aku apabila Cik Rina berkata yang kedua-dua orang tuaku telah meninngal dunia.Cik Rina menceritakan yang ibuku sering mendoakan aku supaya berjaya.Pada suatu hari, sedang ibu mendoakan aku,dia pengsan dan darah merah seperti biji saga keluar mengalir dari hidungnya.Ayahku cemas melihat ibuku begitu dan dengan segera memandu ibuku ke hospital.Tetapi,dalam perjalanan mereka ke hospital , mereka ditimpa kemalangan.Ayah dan ibu terkorban dalam kemalangan itu.Air mata berkumpul di kelopak mataku lalu mengalir apabila mendengar apa yang diceritakan Cik Rina.Nasibku dalam kerja menjadi malang selepas ibu dan ayah meninggal dunia.Rupa-rupanya, kedua orang tuaku yang tidak mengizinkanku pergi yang mendoakanku dan tanpa doa restu mereka aku tidak berjaya.
Mengapa aku membuat keputusan sebegitu hingga hubungan keluarga diputuskan.Kini, tiada makna untukku berada di dunia.Ibu dan ayah sudah pergi dan aku keseorangan di sini.Klau saja aku mematuhi keputusan ibu dan ayah,pasti tidak begini jadinya.diriku ini bagaikan seorang anak derhaka.Keputusan itu tidak bijak.Tidakku sangka salam terakhir yang diberikanku adalah terakhir untuk selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment